Saturday, February 8, 2020

Kisah 'Stranger'

Assaalamualaikum. Nampaknya kita ni terjebak lagi jah kes kawan makan kawan. tidak seperti beberapa orang yang i sudah pun selamat ignore kan. Kali ni seseorang yang i tak pernah jumpa pun. Kisahnya i berkenalan dengan seseorang ni la atas dasar si polan ni (i gelar polan A la k)  si polan A ni nak kenalkan- kenalkan si polan satu ni ( i gelar polan B). I pun macam ok boleh xda masalah lagipun dah orang nak kenalkan dengan kita kan. xkaanla kita pun acah-acah artis kan.. kot2 la ada jodoh kan haha.. maka berkenal la i dengan Polan B ni memulakan langkah text i menerusi Whatsapp. I tak tau la bila tarikhnya i kenal tu, mungkin dalam tahun lepas kot dalam around 5 atau 6 bulan ha macam tu Perkenalan kami tu macam biasalah bercerita dan mengenal hati budi masing- masing la macam tu. Selama tempoh bekenalan tu xdapala rasanya yang menarik sebab kami berdua kerja berjauhan..i kerja sinun dan  polan B tu kerja sanun hmm... eh sebelum tu i x cakapla ya hubungan antara polan A dengan polan B ni. 

Dijadikan cerita i dapati shes a cool person, sejenis berdikari, dan punya pemikiran yang matang, ala umur dia pun dah 38 kot.ka 36? ah whatever. Sehinggallah hari ini berlaku satu kejadian.. kelmarin. i  texting her la, ala chill2 la saja nak berkongsi kegembiraan i di office dengan gelagat polan A ni. sebab i dengan polan A ni agak masuk air jugakla, bahasa bila berjumpatu jangan cakapla. dari bitch sampai lonte sampai bastard semuala keluar...lagipun mana yang kenal i tu taula i macam mana, selain daripada sejenis pendiam, mana kawan yang yang i masuk air tu memang layanla. semua tu i berkongsi kegembiraan dengan polan B. 

Dalam pada i share momen-momen tu dia macam..entahla..nak bagi i nasihat pun ada macam nak provok pn ado hmm entahla i layan jugakla apa dia cakap ya la i pn sejenis suka terima pendapat orang. 

Tiba-tiba dia keluar ayat yang i terkejut sedikitla. masa dia text tu.. i terkejut sepertinya dia macam tau semua hal i sedangkan i x cakap pun.. i tanya dia macam mana dia tau  macam ni dan macam tu sedangkan i jumpa pun lagi dia. she jawab me dia cakap dia cuma atau ikut perasaan.. haaa? ikut perasaan then dalam i membalas to provok dia balik, terus dia minta maaf sekiranya i terasa hati. lepas tu dia dalam pada dia minta maaf tu dia siap cakap lagi satu ayat yang macam dia tau ja apa yang i buat...begitu scary? oh my!

Lepas tu i jawab dia balik i cakap  "ok la *** sambung buat kerja. bye" then i pun selamatla archived dia di Whatsapp tu haha




Macam ni, untuk penjelasan i sebenanrya terkejut jugakla, nak marah pun x jugak tapi marah jugakla dalam hati asal macam kimbek pulak dia ni kan. cuma i macam perasaan tu campur-campur yang i rasa oh my Menyesalnya. i menyesal tetiba sebab apa, the day before perkara ni berlaku i telah banyak share perkara-perkara peribadi i jugak, apa yang berlaku di office i dan adalah beberapa.  i macam halamak haiii! 

Berkenaan dengan yang tadi tu, i cuma nak tau siapa yang cakap sebab i cakap dengan dia i dah kena bawang kah? dia cakap x cuma perasaan dia saja. jangan tipu dek! i sebenanrya boleh agak pun Polan A yang banyak memberi. sampai tahap belanja air pn bagitau so apaalgi dengan tingkah laku i ? mestila polan A bagitau kan? sebab dari ayat polan B yang i baca tu pun boleh tauyang tu bukan dari perasaan dia. lagipun ayat2 polan B tu pn pernah ja keluar dasri mulut polan A. tapi tula bukan tu persoalannya.. 

I jantan yang terbuka.. cuma kalau orang yang i kurang kenal tu i keep sedikit sebab bila tau banyak hal dan berlaku mcm ni ha ni la jadinya. i x jumpa pun you lagi so you dont judge me like that. Sedangkan kalau i la i x cakap pun hal2 peribadi sampaila i kenal bebetul dengan org. mana masuk air tu i akan rapat mana yang i dah xsuka i memang ignore la mcm yang beberapa orang tu. lagi satu i kalau kawan i x cerita kawan belakang-belakang, tapi nafikan i mendengar kalau kawan lain cerita ci polan lain ha tu i ngaku i dengar.

Kadang-kadang i terfikir jugak la sebelum ni i memang sediakan pagar untuk rakan sekerja sebenarnya. maksdunya i akan berhati-hati. i tak taula kenapa satu dua tahun ni i betul terbuka dengan semua orang dalam office tu, siap ada dalam facebook / instagram tu semua eee. padahnya macam nila... hmm entahla x pasal-pasal i macam dah backoff jugak dengan polan A ni tah.. 

So lepas ni i fikir-fikir no more mr nice guy la tu kan?




Last Raya 2026

Assalamualaikum bloggie. Ya Allah lamanya tidak mampir kesini. Katanya nak aktif segala bagai berblog la kan..manakala..hahaha. tapikan dah ...