Saturday, August 23, 2025
Kembali
Friday, October 25, 2024
Saya Meluat.
Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti mau buat juga karangan bahasa malaysia kertas dua punya stail baru pppuuas.. haha...x i bukan apa...i...tah la. x suka dengan feeling-feeling macam ni..rasa x puas hati dan rasa macam eii aku hempuk juga dia ni kang. tapi tu la xboleh jugakan? jadinya benda tu i x sukala.. meluat ya.
Ceritanya macam ni, department i ni sentiasa saling berkaitan dengan satu department ni. So urusan-urusan dokumentasi dari department i ni akan dikasi dengan diorg untuk tujuan-tujuan diorg la. Im not going to say what is what activity tu ok. so mana nak tau lebih-lebih tu boleh DM.heheh tiber. ok sambung Kemudian ada satu benda ni, technically i buat tu betul sehinggala 3rd party (C) yang mensupply barang tu... harganya salah dan minta di tukarkan. Tanpa rasa apa-apa i cakap ok, shud be no problem la. dadada dadda..i submitla document tu ke department tu . ah department ni panggil A ja la ya.senang. So it return back to me sebab i terlupa untuk tukar harga tu which is my bad la and little that i know benda-benda yang sudah di completekan dari kilang tu sebenarnya tak boleh di tukar, melainkan mendapat permission dari dept satu lagi ni i panggil B. i macam ok ok ja la. so depat B ni text i tau...sapa buat kilang ni ko ka i dah agak then i cakap minta tlgh something macam tu la... and dia dia tanya dulu dept A ni dan Dept A btau...xboleh..i macam... huh? xboleh...atas alasan-alasan yang kena faham la..
Then i cakapla dengan B ni i call C sekarang deal macam mana. sebab i tau benda ni boleh settle dan sudah pastinya ada sedikit kerugian sebab i willingly nak ganti rugi benda tu. Pabila berurusan dengan C...diorg cakap pun x boleh ubah sebab sudah lama dan i memberi cadangan i la..dan mulanya mereka terima. Turns out boss company C call dan i cerita-cerita dan heols cakap...no need la fadli is ok we just issue bla bla bla...i just say thanks a million dengan heols jadinya kes settle.
Lepas tu B text me kembali bagitau yang A ckp boleh adjust..pulak? then i cakap kenapa tiba-tiba boleh adjust sedangkan tadi cakap mula-mula cakap x boleh? lepas tu i d jelasin tengah bincang apa semua. hhhhhuhhh tahla. kejap xboleh kejap bincang.. then i macam mengeluh..apa bah ni?begitu. i was told by B after adjust i kena hati-hati dengan department D kot2 kalau ada bertanya.... i macam kalau macam tu betterla i rugi...daripada mental i terganggu. duit boleh carik kot. InysAllah...ha
I berhati hitam tau. i cuba memahami keadaan yang diterangkan, try tu input tapi i tetap rasa macam secara x langsung di educate untuk memahami keperluan / kehendak orang lain same time i rasa macam rasa bersalah apabila orang lain kena siasat if ada apa-apa same time i akan berfikir.. i macam mana? xda org fikir i ke? i tau la i single..tua lagi tapi belum bangka lagi la...dan nasib jugak handsome masih eheh.. hehehe. tapi serius i baca balik i rasa macam i stupid hahahaha then i cakap jugakla ..xpa i just ambil apa yang perlu dan akan update d grup sahaja nanti. xtaula you.. maybe i defensive much? idk...but then hujung-hujung muka ni jugakla kasi settle. hahah..
Sama juga kes dokumen hilang, tapi ni kilang lain lagi la. tanya-tanya tanya.....mana mana mana...alasan diberikan nanti cari....tanya taya tanya....xjumpa...minta tolong lagi carikan..senyap....emel sampai sudah x reply....tapi tu la again hujung-hujung muka ni jugakla kasi settle...nanti kalau mau apa-apa tu ..ha mulala Fadli jangan senyap...update!...lanciipp sangat.
And anjirr fucking fact is..walaupun i x mintakla kan..nobody say thanks pun jah hahaha ..no one..mementangla staff-staff semut jak.cer kalau yang terpaling tu...ha kemain la semua tu bertenggek di celah2 kangkang kau.
Anyway, kalau ada terbaca dan terasa-terasa like eh cam aku jak dia cakap ni...i menolak sekeras kerasnya btg kau untuk menyalahkan sesiapa ok. is just ME.
sebelum bye i layan lagu ni..cambest..ulang-ulang ni.
Thursday, May 9, 2024
Raya 2024
Bloggie. Hai. baru ada rasanya mau blog. i terlepas untuk meng-update entry semasa Ramadan dan Raya baru-baru ni. Tapi rasanya xda apa yang menarik pun, masih gitu-gitu jugakla kot. sama jugakla Raya. memandangkan 09/05/2024 ni adalah 30 Syawal. Bro update jugakla k. Macam Ramadan lepas, xada apapun yang menarik. xada benda yang i rasa boleh dijadikan kenangan-kenanagan manis kecuali zaman-zaman kecik, remaja dan zaman-zaman study..tu lain la. most my time berbuka dan bersahur alone alone sahaja. kalau ada mejelis berbuka pun rasannya 2x je i tunjuk muka.
Raya ni pulak, tahun ni pun cam biasa-biasa jugakla. cambiasa i amik cuti almost 2 minggu dan habiskan masa tu dengan penuh kemalasan tanpa memikirkan apapun hahahaha tidakla. i bantu c mamak lap jenjela ya..Tahun ni pun cam biasa abang i sekeluarga balik sementara yang lain beraya dengan keluarga memasing la. Baju raya i pun x fancy pun. just pakai kurta dan seluar warna hitam...ahshiapp! musim panas you..x larat la nak bersatin bersampin bagai. so i chil2 saja.
Pokok pangkalnya very bersederhaa ja la. famili i pun bukan sejenis yang berumah terbuka untuk semua orang. very normal begitu. maksdnya sapa mau datang tu datangla.. walaupun dalam hati i sebenanrya tolong la jangan datang rumah i..i nak bermalas malasan.. jahatkan?
Oh ya you, i terlupa, ada kejadian entah raya keberapa tah, tiba-tiba masa tu kitorang baru bangun tau..sekitar kol 11pagi, kelakar you dah la kami-kami ni x mandi lagi..tiba-tiba ada famili belah bapak i dari jauh datang. jauh tu sandakan. dia macam ala-ala jejak kasih yang mana kami-kami blur habis. i thnk dalam 30orang kot. i xtau nama dia i lupa tanya, tapi mereka-mereka ni katanya keluarga jauh yang sudahlama mencari bapak i..Ya allah..Hurhar ya!dengan x mandinya, dengan xda makanan-makanan proper lagi..dengan blurnya lagi..oh no! bencana ! hahahahaha.. so memang time tu kelam kabut, i kelakar i pegi salam-salam famili2 yang datang tu dengan berpakaiain sedikit seksi sampai mak i menjerit tukar baju p beradap sikit...dengan rumah bersepah lagi..still i x sure nama mereka sapa...hahaha
So dua minggu i cuti d rumah mamak, i balik rumah sendiri...i cuti lgi dua hari..sebab i malas. i masuk kerja. bapak kerja bertimbon jah. x kasi pelung langsung untuk chill.
Anyway, i nak ambik kesempatan ni nak saya sorry dengan beberapa teman. Ah Teng, Kay, Linda, Bahar, Sally, Roy sebab i x berkesempatan berjumpa dengan you all, kot-kot la terbaca serius i mintak maaf. tahun depan rumah i k..janjeyyy
bye.
Sunday, March 10, 2024
Filem Malaysia
Bloggie. hai! Ramadhan is around the corner. yeay! boleh kurus. tiber haha. x buat apapun weekend barusan Memandangkan musim panas, me menghabiskan masa dirumah saja. lagipun xda rasa feel mahu beraktivitas. So yah here i am juat at home. tapi adalah semalam pi cinema, tengok Kungfu Panda 4. ok la xda boring pun tapi lagu cover baby one more time by Jack Black memang dope yach! i x keluar cinema tu sampai habis lagu tu baru i angkat bontot. hihih
Monday, February 12, 2024
Saja
Wednesday, January 24, 2024
Peribahasa.
Sunday, January 14, 2024
Ahad 14.1
Kembali
Assalamulaikum bloggie...hhmmm..its a been a while kan teda update disini setelah sekian lama sebab i melalui fasa-fasa kesikaran dalam kehi...
-
Assalamulaikum. Ada sesuatu yang saya ingin kongsi di sini, saya pernah terbaca satu artikel ni mengenai Bahasa Sabah. Maaf terlupa dari man...
-
Assalamualaikum bloggie. kembali lagi disini dengan curhat-curhatan hehe. i nak update je dekat thread but i fikir ooo nda bulih ni mesti ma...
-
Assalamualaikum bloggie..banyak kerja sedikit hari ni, panas kan hari ni, ketiak pun lecak haha..tapi xkanla aku nak cerita ketiak kan..jadi...